Categories
Berita Semasa

Parlimen Mesir selar penindasan terancang terhadap tahanan Palestin

Jumaat , 11/05/2012 – Parlimen Mesir mengutuk jenayah Zionis ke atas rakyat dan tahanan Palestin pada sidang petang Selasa.

Jawatankuasa Himpunan Rakyat Hal-Ehwal Arab sekeras-kerasnya mengutuk dalam satu kenyataan terhadap jenayah Zionis ke atas rakyat Palestin dan menyatakan sokongan penuh kepada tahanan Palestin di penjara rejim yang sedang menjalankan mogok lapar dalam usaha mendapatkan keadilan.

Jawatankuasa itu memberi amaran kepada rejim Zionis tentang jenayah berterusan ke atas rakyat Palestin yang tidak berdaya dan juga mengutuk penculikan serta proses menahan ribuan tahanan Arab dan mendakwa rejim Israel sebagai bertanggungjawab atas segalanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati