Categories
Berita Semasa

Konfrontasi berhampiran penjara Ofer

Selasa, 15-05-2012 – Pemuda Palestin bertempur dengan Tentera Penceroboh Israel (IOF) berhampiran penjara Ofer, barat Ramallah pada hari Khamis lalu, lapor sumber tempatan.

Saksi-saksi memberitahu PIC berpuluh-puluh aktivis muda dan saudara-mara tahanan berkumpul berhampiran sekatan jalanraya tentera Beitonia dan mengangkat sepanduk menyeru untuk membebaskan tahanan tersebut dan mahu IOF bertindak terhadap permintaan tahanan selepas 24 hari mogok lapar.

Tentera IOF di kawasan tersebut menyerang beberapa pasukan media dan menghalang mereka daripada sampai ke sekatan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz