Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Culik 18 Warga Palestin Dalam Serbuan di Kediaman Dekat Tebing Barat

Selasa, 15-05-2012 – Laporan berita yang berbeza menyatakan bahawa Israeli Occupation Forces (IOF) telah menculik kira-kira 18 orang rakyat Palestin di kawasan berbeza dekat Tebing Barat, subuh hari khamis yang lepas.

Syarikat akhbar Israel, Yedioth Ahronoth mendakwa, 17 warga Palestin ditahan dan dibawa ke Pusat tahanan untuk di soal siasat. Jurucakap PIC berkata, penculikan empat rakyat Palestin oleh IOF dari Pergerakan Hamas berlaku sebelum tengah malam di bandar Al-Khalil.

Tahanan-tahan tersebut juga telah dihantar ke penjara Israel dan penjara di Tebing Barat. Diantara tahanan tersebut adalah seorang pemuda berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Bara Al-Juneidi yang cedera parah apabila IOF mengepungnya di dalam rumahnya sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda