
Selasa, 15-05-2012 – Jururunding Umum PBB Bahagian Pelarian Palestin, UNRWA, Philipo Grandi, Khamis (9/5) menyeru Israel untuk mencari peenyelesaian yang dapat diterima tawanan Palestin yang sedang mogok lapar kerana mereka adalah tawanan politik.
Dalam keterangannya dari UNRWA, Grandi menyatakan kekhawatirannya yang mendalam terhadap keadaan kesihatan ratusan tawanan politik Palestin yang sedang melakukan mogok lapar.
Beliau meminta agar pemerintah Israel dapat mengemukakan solusi yang dapat diterima semua pihak. Ini kerana apa yang dituntut para tawanan adal berkait dengan hak-hak asasi yang terdapat dalam piagam Genewa.
Grandi menegaskan PBB telah menyeru Israel agar segera mengadili tahanan politik atau dibebaskan. Sementara ini sepertiga tawanan dari 4700 tawanan Palestin yang ada, 309 orang adalah tahanan politik tanpa sebarang dakwaan.
sumber : COMES
penterjemah : Osman
One reply on “UNRWA Seru Israel Cari Solusi Isu Tawanan”
allah bersama orang yang sabar.. insyaAllah
kempen tukar DP FB free palestine http://paliez.blogspot.com/2012/05/wa-ai-ni-palestine.html