Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan tanaman rakyat Palestin di selatan Al-Khalil

Selasa, 15-05-2012 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah memusnahkan satu kawasan pertanian yang sangat luas di selatan Al-Khalil pada Khamis lalu.

Othman Jabarin, Koordinator bagi Jawatankuasa Popular di Janda yang terletak di bahagian tenggara bandar Yatta, telah memaklumkan Media Quds bahawa IOF telah menceroboh satu kawasan tanah yang luas serta memasang khemah-khemah bagi
melakukan operasi ketenteraan.

Katanya, IOF telah memusnahkan sebanyak 1,000 dunum persegi (1 dunum=0.247 ekar) kawasan pertanian rakyat Palestin yang dipenuhi dengan tanaman gandum dan barli.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa