
Jumaat , 18/05/2012 – Pihak Berkuasa Keselamatan Palestin (PA) menahan dua penyokong Hamas di Nablus dan Jenin pada hari Isnin, kata sumber tempatan.
Keselamatan PA menahan Sheikh Hassan Al-Zaghal, bekas tahanan penjajah Israel, dari kampung Zabuba di Jenin kononnya atas langkah pencegahan, kata penduduk tempatan. Pihak yang sama di Nablus menangkap pelajar Anas Raddad, yang berasal dari kampung Saida di Tulkarem, di pintu luar Universiti Najah . Beliau telah ditangkap beberapa kali sebelum ini oleh unit PA yang berlainan.
Pihak PA di Ramallah masih menahan Sheikh Fadel Al-Mubaid dari Baitulmuqaddis yang diduduki selama hampir sebulan. Mubaid telah ditangkap pada 19/4/2012 selepas sahaja dibebaskan daripada Israel yang menahan beliau selama 15 bulan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen