
Jumaat , 18/05/2012 – Ratusan ribu pemilik akaun facebook, Isnin (14/5) mulai mengganti profil gambar mereka dengan simbol tawanan Palestin yang disiar secara luas di laman sosial ini.
Setelah disiarkan pagi tadi dan permintaan supaya mengganti foto dengan simbol ini, ratusan ribu pemilik akaun facebook segera memenuhi permintaan ini.
Dalam keterangan kepada wartawan Pusat Informasi Palestin, penggerak “Pemuda Peduli Tawanan Palestin” menyatakan, idea satu profil di facebook sebagai ungkapan tentang simbolik menunjukkan kesepakatan media untuk tawanan Palestin dan menegaskan pentingnya peranan laman sosial dalam menyokong realiti.
Beliau menambah bahawa tindakan ini sebagai usaha sokongan bagi isu tawanan dan ternyata ramai yang prihatin. Jutaan pemuda dan ribuan pemilik akaun facebook telah merespon dan mengubah profil mereka. Dijelaskan bahawa tindakan ini akan terus berlangsung sehingga berakhirnya aksi mogok lapar, kerana para tawanan sangat memerlukan sokongan padu pemuda Palestin dan Arab, tidak hanya ketika mereka melakukan mogok lapar sahaja.
sumber : COMES
penterjemah : osman