Israel menafikan hak muslim untuk menunaikan solat di Masjidil Aqsa

Isnin ,07/08/2006 –
Untuk enam minggu berturut-turut, tentera rejim Zionis telah menghalang umat Islam Palestin daripada menghadiri solat Jumaat di masjid suci Al-Aqsa di samping mengeluarkan sekatan-sekatan yang melampau.

Lebih banyak penghadang besi dipasang di pintu pagar Al-Aqsa yang ditutup oleh polis Israel. ‘Pengawal sempadan’ itu akan memeriksa semua kad pengenalan jemaah masjid dan tidak membenarkan sesiapa yang berusia kurang daripada 40 tahun dari mamasukinya.

Sekatan itu telah menimbulkan ketegangan di perkarangan masjid apabila pemuda-pemuda Palestin yang datang dari kawasan utara bertembung dengan polis yang menggunakan baton. Polis-polis tersebut mengejar pemuda-pemuda Palestin serta tidak membenarkan mereka menunaikan solat meskipun di jalan-jalan yang menghala kea rah masjid. Sepuluh ribu rakyat Palestin menyeru ulama Palestin agar sama-sama berarak dengan mereka menuju kearah masjid dan mempertahankannya daripada cubaan Yahudi daripada menguasai Al-Aqsa selepas mahkamah tinggi Israel memberikan hak demikian kepada kumpulan yahudi yang fanatic. Helikopter Israel dan beratus-ratus kamera dipasang untuk mengawasi persekitaran masjid yang dilihat terabai pada pandangan Israel.