12 Orang Tentera Rejim Zionis Terbunuh Dalam Serangan Hizbullah

Isnin ,07/08/2006 – Seramai 12 orang tentera rejim Zionis terbunuh dalam serangan roket Hizbullah ke wilayah Keryat
Shemona pada pagi Ahad (6/8). Jumlah ini adalah yang terbesar dalam beberapa serangan yang
dilancarkan Hizbullah sejak serangan Israel di Lubnan.

Televisyen Israel menyebut bahawa semua yang terkorban dalam serangan roket ini adalah tentera
rejim Zionis, sebagaimana yang dilaporkan Reuters.
Sementara itu, menurut sumber media Israel mengatakan bahawa tidak kurang 12 orang tentera rejim Zionis terbunuh dan 12 yang lainnya tercedera dalam serangan roket Hizbullah ke wilayah utara Palestin
yang diduduki Israel.

Di pihak lain, polis Lubnan mengatakan, seramai enam orang penduduk awam Lubnan meninggal dunia
akibat serangan udara Israel yang menggempur perkampungan al-Anshar bahagian timur kota Merfa
Shaida, selatan Lubnan.

Sumber keamanan Lubnan menyebutkan, sejumlah pesawat tempur Israel, malam tadi menggempur wilayah al-Anshar. Tak kurang dari 12 serangan dilancarkan pesawat-pesawat tersebut ke arah perkampungan di bahagian selatan Saida.

Sebelumnya Israel juga menggempur wilayah al-Buqa sebanyak lapan kali, di bahagian timur Lubnan yang mensasarkan jalanraya yang menghubungkan Lubnan dengan Syria bertujuan memutuskan hubungan wilayah tersebut dari dunia luar.