
Rabu, 06-06-2012 – Tentera Israel (IOF) menahan semula banduan yang telah dibebaskan selepas perjanjian pertukaran adalah dilihat sebagai membalas dendam terhadap mereka selepas kejayaan mogok lapar oleh banduan tersebut.
Jurucakap Hamas, Fauzi Barhoum berkata dalam satu kenyataan pada laman Facebook beliau bahawa penangkapan semula IOF
terhadap banduan yang telah dibebaskan, Samer Al-Aisawi di Baitulmaqdis menunjukkan bahawa mereka mempunyai target jelas iaitu bekas-bekas banduan.
Beliau memberi amaran kepada pihak berkuasa Israel (IOA) untuk mengikut polisi itu dan menyeru penaja Mesir terhadap perjanjian pertukaran tahanan untuk campur tangan dan memaksa IOA untuk menghormati perjanjian tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul