Categories
Berita Semasa

Pejuang Qassam Abdullah Aker Mogok Lapar di Penjara PA

Rabu, 06-06-2012 – Banduan Palestin Abdullah Al-Aker, seorang pejuang dari Briged Al-Qassam, mulakan mogok lapar pada hari Ahad untuk membantah penahanan tanpa bicara dalam penjara pihak berkuasa Palestin.

Keluarga beliau menegaskan bahawa Aker beritahu kepada pentadbiran penjara Al-Juneid bahawa dia memulakan mogok lapar hari ini dan tidak akan berhenti sehingga dia dilepaskan. Ia menambah bahawa pihak PA memindahkan Aker dan Abdulhakim Al-Qadah ke bahagian di mana beberapa seksaan akan dilakukan.

Keluarga beliau merayu kepada Pergerakan Hamas dan pertubuhan hak asasi manusia untuk campur tangan supaya anaknya dikeluarkan dari penjara PA. Dalam kejadian berasingan, pasukan keselamatan PA menculik dua orang sekutu Hamas di bandar Al-Khalil dan dua yang lain dipanggil untuk soal siasat di Nablus dan Salfit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen