
Rabu, 06-06-2012 – Rakyat Palestin di wilayah yang diduduki cemas berikutan pusingan kedua pemilihan presiden Mesir di antara calon bagi parti Persaudaraan Muslim (Muslim Brotherhood) Mohamed Morsi serta Perdana Menteri bagi Hosni Mubarak untuk penggal yang lepas, Ahmed Shafik.
Rakyat Palestin secara keseluruhannya menyokong Morsi dengan harapan beliau akan menjadi presiden baru bagi Mesir dan mereka seperti kebanyakan rakyat Mesir percaya bahawa Shafik adalah di antara pengikut rejim Mubarak yang digulingkan.
Selepas melihat secara mendalam program pemilihan Shafiq sebagai calon, seseorang itu dapat memahami dengan jelas bahawa beliau memegang visi kabur ke arah perjuangan rakyat Palestin yang sama seperti kedudukan politik Mubarak.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda