Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi memusnahkan rumah-rumah Palestin di utara Lembah Jordan

Jumaat, 08-06-2012 – Selasa, Jentolak pendatang Yahudi bermula pada waktu pagi merobohkan rumah-rumah Palestin di Al-Meeta dusun di Wadi-Al-Maleh utara Lembah Jordan di timur Tebing Barat.Ketua perbandaran Wadi-Al-Maleh dan kampung-kampung Badwi, Daraghmeh Aref, memberitahu Quds Press bahawa IOF memecah masuk ke dusun Al-Meeta di kawasan Wadi al-Maleh di bahagian utara Lembah Jordan yang diduduki, menyerahkan pemberitahuan bagi perobohan empat buah rumah Palestin. Beliau juga berkata bahawa jentolak Israel menyerbu kawasan itu sebelum tamat tempoh amaran dan mula merobohkan beberapa buah rumah dan memaksa keluarga lain untuk merobohkan rumah mereka dengan tangan mereka sendiri.

Daraghmeh menambah bahawa jentolak dan jentera perobohan yang disertai oleh pasukan Tentera Israel menghalang rakyat daripada menghalang mereka atau untuk pergi ke kawasan itu atas alasan bahawa ia adalah kawasan tentera yang tertutup, untuk mengelakkan rakyat Palestin sampai ke situ.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada