Rabu ,09/08/2006 – Pengarah Operasi Badan Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin UNRWA (United Nations Relief and Works
Agency for Palestine Refugees in the Near East), John Ging menyatakan bahawa perang yang berlaku
di Lubnan sewajarnya tidak menutupi krisis kemanusiaan yang sedang kronik berlaku di Genting Gaza.
Ketika ditanya sama ada perang di Lubnan mencerminkan keadaan di Gaza? Ging menjawab, “Kami di Gaza sangat memahami mengapa perhatian dunia beralih ke Lubnan. Namun kami tidak ingin orang melupakan bahawa keadaan di Genting Gaza semakin buruk.”
Ging menjelaskan bahawa perang di Genting Gaza terus berlanjutan, jumlah yang terkorban dan cedera
terus meningkat setiap hari. Menurut Ging, apa yang membuatkan mereka semakin tertekan di Gaza
adalah situasi perang nampaknya tidak ada kesudahan. “Keadaan inilah yang membuat kami merasa cemas di PBB,” tegas Ging seperti dipetik harian al quds al arabi yang terbit di London, Selasa (08/08).
Ging menerangkan tentang keadaan yang dihadapi di Genting Gaza, “Kami di sini menghadapi krisis
kemanusiaan yang terus meningkat. Sejak sebulan ini, kami menerima ribuan pelarian yang meninggalkan rumah mereka akibat operasi ketenteraan (Israel), yang kami tampung di sekolah-sekolah United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East di Rafah (wilayah selatan Genting Gaza) dan Jabalia (wilayah utara Genting Gaza).
Menurut Ging, ini tidak lain hanyalah satu dua contoh akibat tindakan militan Zionis Israel yang
berterusan di Genting Gaza. Para pelarian tidak mungkin dapat keluar dari Genting Gaza.Bagi mereka
yang mungkin nekad melakukannya, mereka lakukan. Namun sebagian besar warga tidak ada pilihan.Di hadapan mereka adalah Gerbang Rafah, yang menghubungkan antara Genting Gaza dengan Mesir, ditutup sepenuhnya sehingga semua orang merasakan seperti berada dalam penjara.
Yang paling mengkhuwatirkan adalah bahaya yang dihadapi oleh penduduk awam yang hidup dalam
keadaan yang sangat daif yang memerlukan keperihatinan kemanusiaan. Perkara itu boleh dilihat dari jumlah yang terkorban dan cedera yang terus meningkat setiap hari.
Warga Gaza hidup tanpa bekalan elektrik atau kalau adapun mereka mendapatkan bekalan elektrik
hanya beberapa jam sehari semalam. Sementara itu bekalan air hampir terputus semuanya . “Kami di UNRWA ketika ini memberi bantuan makan kepada 815,000 jiwa. Sejak lima bulan terakhir, penduduk hanya bergantung bantuan kerana mereka tidak memiliki harta dan pekerjaan. Tidak ada harapan bagi mereka untuk mendapatkan pekerjaan kembali,” demikian menurut Ging.