Rabu ,09/08/2006 – Tanpa sebarang keraguan siapa yang menjadi dalang di sebalik sampul surat beracun di Ramallah, Kerajaan Palestin menuduh Perisik Israel bertanggungjawab menjadi perancang kepada kejadian cubaan bunuh tersebut.
Beliau menambah bahawa kejadian ini tidak berasingan dengan kejadian ugutan bunuh oleh Israel secara bertubi-tubi. Tujuh pegawai keselamatan Palestin termasuk ketua mereka Yakoob al Foqaha yang ditempatkan di ibupejabat Palestin di Ramallah jatuh tidak sedarkan diri sebaik sahaja mereka membuka sepucuk sampul surat yang dialamtkan kepada Haneyya dan membawa setem pejabat pos Tel Aviv.
Ketujuh-tujuh mereka kemudian di kejarkan ke hospital di dalam keadaan sederhana sebelum pejabat tersebut ditutup bagi mengelakkan kejadian lebih teruk berlaku. Salah seorang dari mereka dikatakan mengalami neurological spasms. “Kami tidak terkejut dengan cubaan terbaru Israel yang mensasarkan ketua eksekutif PA melalui kejadian surat beracun sebegini yang berasal dari Tel Aviv.” Jelas kerajaan Palestin.
Timbalan premir PA, Dr. Nasser Al-Dien Al-Shaer menyokong bahawa serangan tersebut berpunca dari Israel dan menyatakan bahawa serangan tersebut ditujukan kepada Haneyya dan dirinya.
Beliau menyatakan bahawa beliau orang yang pertama menerima sampul surat tersebut tetapi tidak membukanya kerana dia mendapati sampul tersebut hanya mengandungi kertas tisu yang menyebabkan dia menyerahkan kepada pegawai keselamatan untuk diperiksa.
Pada tahun 1997 dua agen Israel (mossad) telah menyembur bahan beracun di telinga ketua Hamas Hgaled Mishaal di Jordan untuk membunuhnya tetapi cubaan tersebut gagal setelah agen tadi di tangkap oleh pegawai keselamatan Mishaal.