Categories
Berita Semasa

Pendudukan memaklumkan kerja meroboh rumah di lembah Jordan

Jumaat, 08-06-2012 – Rejim Zionis pagi Selasa mengarahkan penduduk Wadi-Al-Maleh di lembah utara Jordan meninggalkan kediaman mereka dan menyerahkan notis merobohkan kediaman kepada empat keluarga yang tinggal di kawasan itu.

Sumber tempatan berkata beratus-ratus askar mengepung kawasan itu dan mengarahkan pengusiran sebilangan besar keluarga Palestin dari rumah-rumah mereka dalam tempoh sepuluh hari atas alasan menjalankan latihan tentera di kawasan itu.

Kata dua Israel diberikan tanpa menghantar notis terlebih dahulu serta mengarahkan ahli keluarga untuk meninggalkan kawasan tersebut dalam tempoh 24 jam atau jika tidak mereka akan berhadapan tangkapan dan denda. IOF juga menghalang keluar dan masuk dari kawasan tersebut dan sebelum itu pernah menyekat penduduk tempatan kembali untuk bekerja di ladang mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz