
Jumaat, 08-06-2012 – 18 pelajar, dari bandar Beit Ommar di Al-Khalil telah dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir setelah ditahan oleh tentera rejim Israel (IOF).
Agensi berita Akhbar Quds menyatakan bahawa Muhammad Awad, jurucakap Jawatankuasa Popular menentang pembinaan tembok dan penempatan di Beit Ommar berkata bahawa IOF telah menahan seramai 45 kanak-kanak bawah 18 tahun sejak tahun 2012 termasuklah 18 pelajar sekolah menengah yang ditahan daripada menduduki peperiksaan akhir dan meneruskan pengajian.
Awad memberitahu bahawa para pelajar tersebut telah ditahan dengan ganas dan kejam, dan kebanyakan mereka telah didera dengan teruk ketika penyiasatan oleh pegawai perisik Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati