
Rabu, 13-06-2012 – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata negaranya tidak akan memndang pemulihan hubungan dengan Israel melainkan ia menamatkan kepungan tidak adil yang dikenakan ke atas Gaza dan melaksanakan syarat – syarat yang dikenakan Turki.
“Krisis sepanjang pencerobohan dan hubungan dengan Israel tidak merosakkan ekonomi Turki,” kata Erdogan dalam satu majlis di taman Istana Dolmabahce semasa sidang kemuncak Forum Ekonomi Dunia serantau di Istanbul.
Erdogan memberitahu Maariv bahawa pemulihan hubungan antara Turki dan Israel adalah tertakluk kepada tiga syarat penting: “Pertama sekali, Israel mesti memohon maaf atas serbuan tentera Israel ke atas kapal Marmara Mavi dua tahun lalu. Selain itu, Israel mesti membayar gantirugi kepada keluarga mangsa. Syarat ketiga ialah Israel perlu menamatkan sekatan tentera laut ke atas barangan import ke Semenanjung Gaza”, sambil menambah negara tidak akan berkompromi terhadap syarat-syarat itu walaupun krisis antara kedua-dua negara semakin memuncak.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz
One reply on “Erdogan: Hubungan dengan Israel tidak akan dipulihkan sehinggalah pengepungan Gaza ditarik balik”
[…] Erdogan: Hubungan dengan Israel tidak akan dipulihkan sehinggalah pengepungan Gaza ditarik balik […]