Categories
Berita Semasa

Mahmoud Sarsak terus mogok lapar untuk hari ke-85 berturut-turut

Rabu, 13-06-2012 – Seorang tahanan Palestin, Mahmoud Sarsak, 28 tahun, telah memasuki hari 85 mogok lapar yang amat sukar yang dianggap mogok lapar yang paling lama dalam sejarah Palestin. Mogok lapar ini sebagai membantah terhadap penahanan pentadbiran yang boleh diperbaharui tanpa caj atau percubaan untuk lebih daripada tiga tahun.

Sarsak kini dalam keadaan yang sangat serius. Status kesihatannya tidak meyakinkan lebih-lebih lagi kerana dia merasakan kesakitan berterusan di kepala, otot jantung. Dia juga sentiasa diserang pening yang menyebabkannya mudah jatuh dan kepalanya terhentak di atas lantai. Walaupun keadaan kesihatannya kritikal dalam keadaan mogok lapar yang berterusan, pentadbiran penjara Israel tetap berkeras untuk menahan beliau di penjara hospital Ramla, kemudahan perubatan kecil yang tidak mempunyai ubat-ubatan asas mahupun peralatan perubatan yang lain.

Mahmoud Sarsak, dari Rafah di selatan Gaza, telah dipenjarakan oleh Israel sejak tiga tahun yang lalu, selepas ditangkap oleh tentera Israel pada 22 Julai 2009 di pusat pemeriksaan Erez di Gaza semasa dalam perjalanan untuk menyertai pasukan Bola Sepak Kebangsaan Palestin bagi perlawanan di kem pelarian Balata di Tebing Barat. Beliau telah ditukar secara langsung dengan tahanan pentadbiran tanpa perbicaraan atau caj di mana beliau masih menghadapi pembaharuan malar penahanan tanpa tempoh tertentu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada