Israel menyerang khemah Gaza, tiga orang terbunuh

Khamis ,10/08/2006 – Menurut seorang saksi, helikopter bersenjata Israel telah melepaskan sebutir peluru berpandu kearah khemah latihan pejuang Palestin di Jalur Gaza, memunuh tiga orang termasuk seorang kanak-kanak berumur 3 tahun.

Mereka berkata serangan ke atas khemah di Bandar Gaza itu juga telah mencederakan tiga orang, salah seorangnya merupakan kanak-kanak yang berada dalam keadaan kritikal. Mangsa yang meninggal itu dikenali sebagai ahli ‘Popular Resistance Committees’, sebuah kumpulan penentang Palestin.

Menurut seorang jurucakap tentera: “Pihak rejim Zionis menyerang khemah latihan untuk teroris di Gaza. Khemah tersebut digunakan oleh teroris sebagai tempat persiapan aktiviti mereka untuk menentang Israel.” Menurut saksi, serangan udara itu ditujukan kepada pejuang di kawasan terpencil ladang limau di Tufah, Gaza.

Para pejuang Jihad Islami menziarahi mayat-mayat yan dibawa ke Hospitl Shifa. Kanak-kanak perempuan itu dibawa ke hospital bersama dua orang lelaki itu, walau bagaimanapun, menurut polis masih belum jelas bagaimana dia dicederakan.
Pada awal hari Rabu, helikopter Israel telah menyerang dua buah rumah di khemah pelarian Jenin, Tebing Barat, membunuh dua orang Palestin, kata saksi dan pegawai keselamatan.

Menurut saksi, mereka melihat dua mayat dialihkan dari bangunan tersebut. Dua mayat itu dikenali sebagai Osama Attili dan Mohammed Atik, merupakan pemimpin sayap tentera Jihad Islami, kata pegawai keselamatan itu.