Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) lancarkan siri pemusnahan besar-besaran ke atas kediaman kaum Badwi

Isnin, 02-07-2012 – Tentera rejim Israel melancarkan siri pemusnahan ke atas kediaman kaum Badwi di kawasan Khirbat Al-Mayta di Wadi Al-Maleh selatan Lembah Jordan.

Penduduk tempatan mengatakan tentera rejim turut terus mengambil alih tangki air untuk memaksa penduduk meninggalkan kawasan tersebut. Mereka berkata, jentolak IOF memusnahkan sejumlah besar khemah dan rumah tanpa membenarkan para penduduk menyelamatkan barangan milik mereka serta mengarahkan mereka meninggalkan kawasan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati