Categories
Berita Semasa

Rizqah Seru Presiden Baru Mesir Hapus Sekatan Gaza

Isnin, 02-07-2012 – Penasihat politik PM Palestin, Dr. Yusuf Rizqah menyeru kepada Presiden baru Mesir, Dr. Muhammad Morsi agar segera untuk menghapuskan halangan di Gaza. Rizqah mengharapkan agar agenda pertama Morsi ialah membuka sempadan Rafah agar memudahkan bantuan kemanusian dan pembangunan Gaza.

Rizqah turut menyatakan kegembiraan rakyat Gaza di atas kemenangan Dr. Morsi dan juga Parti Kebebasan dan Keadilan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair