Kesihatan Menteri Hal Ehwal Agama yang diculik mencemaskan

Jumaat ,11/08/2006 – Kesihatan Menteri Hal Ehwal Agama PA, Nayef Al-Rejoub (gambar) dilaporkan bertambah teruk akibat tindakan ganas dan berterusan Israel ke atas beliau. Rejoub kemudiannya dipindahkan daripada sel tahanannya di Penjara Ashkelon ke Penjara Ramle di mana kebanyakkan Menteri dan Ahli Parlimen PA ditempatkan. Menurut peguam, Sherien Eisawi yang melawat pegawai kerajaan yang diculik di wad tahanan mereka, keadaan kesihatan Rejoub ternyata amat membimbangkan. Beliau kehilangan berat badan yang banyak akibat penderaan fizikal dan psikologi berterusan ke atasnya. Dalam pada itu, Sherien berkata beliau akan memfailkan tuntutan agar Rejoub dapat menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dalam pada itu, Pengarah Pejabat PLC di Bandar Al-Khalil mengesahkan bahawa ahli-ahli parlimen dan menteri-menteri kabinet yang ditahan menjalani hukuman penjara yang teruk serta dinafikan hak paling mudah bagi seorang tawanan. Beliau menyeru semua organisasi kemanusiaan agar tidak hanya memberikan kenyataan mengecam tindakan Israel semata-mata. Sebaliknya mereka harus bertindak aktif dan serius dalam memberi tekanan kepada kerajaan Israel agar membebaskan menteri-menteri kabinet serta ahli parlimen yang ditahan di samping mengiktiraf hak mereka seperti yang termaktub di dalam undang-undang antarabangsa.


Kesihatan Nayef Al-Rejoub amat membimbangkan


Antara lain, Jabatan Penjara Israel telah bersetuju untuk memberi peluang kepada ahli keluarga melawat saudara-saudara yang ditahan di semua penjara kecuali kepada mereka yang mempunyai nama Damon, Jalbo, Shatta dan Megiddo. Mahkamah tentera Israel pula telah melanjutkan tempoh tahanan tanpa bicara ke atas Saad Mohammed Al-Salos, 31 untuk kali ke-12 berturut-turut! Ahli keluarga Saad mengatakan bahawa pihak penjara Negev memberitahu mengenai tempoh lanjutan tahanan pada hari beliau sepatutnya dibebaskan.