Wawancara Eksklusif Dengan Ketua Parlimen Palestin di Penjara Israel

Khamis ,10/08/2006 –
Zionis Israel terus berusaha untuk menjatuhkan pemerintahan Palestin dan Hamas. Di samping
tindakan ketenteraan yang terus giat di lakukan di Genting Gaza. Israel juga mengacukan senjata ke
arah para tokoh dan pemimpin Hamas. Tanpa perasaan segan Israel mengirim surat beracun kepada PM Palestin Ismail Hanneyah. Dan sebelumnya, Israel menangkap beberapa anggota kabinet dan legislatif Palestin, termasuk Ketua Dewan Legislatif Palestin Dr. Aziz Duweik pada Ahad (06/08) di rumahnya di Ramallah, Tebing Barat.

Berikut adalah wawancara telefon yang berlangsung antara stesen televisyen al arabia dengan Dr.
Aziz Duweik (gambar) beberapa jam setelah beliau diculik oleh Zionis Israel yang kemudiannya disumbatkan ke
dalam penjara Zionis Israel di Ofer, Tebing Barat.

Arabia: Bagaimana keadaan di dalam penjara tempat anda dikurung? Dimana anda ditempatkan? Adakah anda ditahan secara sendirian? Adakah orang lain bersama anda?

Duweik: Saya berada dalam berek besama 90 orang pemuda dari Palestin. Mereka, para pemuda yang
pada bola mata dan raut wajahnya menunjukan berkobarnya jiwa patriotik serta semangat perjuangan dan pengorbanan. Bangsa inilah yang telah dan sedang memberi 10,025 tahanan Palestin harapan penuntut kebebasan; kebebasan tanah air mereka dan kebebasan anak-anak bangsa mereka. Sesungguhnya penjajah Israel yang memenjarakan tubuh-tubuh ini tidak akan memiliki kemampuan menghancurkan kehendak bangsa kami atau menahan tekad kami atau melenyapkan dari haknya dalam membela kebebasan dan tanah air ini.

Arabia: Dr. Duweik, Adakah mereka melakukan kekerasan ketika penculikan atau ketika membawa anda ke penjara Ofer atau yang lainnya?

Duweik: Terdapat bekas-bekas ikatan plastik dan plaster yang diikatkan sangat kuat pada mata saya
selama 5 jam, mereka melucutkan baju saya. Saya katakan, adakah ini moral mereka? Apakah ini adab
mereka terhadap ketua dewan legislatif…!

Arabia: Dr. Duweik, apakah pesanan yang ingin anda sampaikan kepada pemimpin Palestin atau Arab?

Duweik: Pesan saya sangat jelas, kami tidak ingin dan tidak menerima, saya dan semua saudara-saudara saya yang diculik, untuk menjadi pengganti bagi saudara-saudara kami yang ditahan di
penjara-penjara (Israel). Di sana ada 10,025 tahanan Palestin yang perlu keluar.

Kami tidak akan menjadi alat tawar-menawar untuk itu. Kami adalah pihak yang sah dan rasmi
mewakili pihak rasmi Palestin. Kami menolak dalam keadaan apapun untuk menjadi pengganti (yang
menggantikan tempat) saudara-saudara tahanan Palestin yang terdiri dari anak-anak, kaum wanita dan mereka yang ditahan dalam tempoh tahanan yang sangat lama, juga tahanan lainnya yang terpelosok di di penjara-penjara Zionis Israel yang zalim.

Arabia: Tidakkah Anda berkeyakinan bahawa Israel menculik anda sebagai ketua dewan legislatif
Palestin, kemudian ditukar dengan pembebasan tentera Israel yang ditawan (pejuang Palestin)?

Demi Allah, sekiranya seluruh sisa umur saya harus tinggal di dalam penjara, saya tidak akan
menjadi pengganti atau menjadi alat tawar menawar. Sungguh sangat aib dan hina, orang yang menculik dan menahan pihak rasmi Palestin lalu menyangka bahawa mereka telah menahan kehendak bangsa kami.

Arabia: Sudah menjadi kebiasaan umum bahawa seorang tokoh rasmi, di negara manapun, pasti memiliki pengawal peribadi. Bagaimana anda boleh diculik, apakah terjadi pergelutan dari pengawal peribadi anda?


Demi Allah, sekiranya seluruh sisa umur saya harus tinggal di dalam penjara, saya tidak akan
menjadi pengganti atau menjadi alat tawar menawar.


Duweik: Sebenarnya sudah sebulan saya tidak ada pengawal peribadi. Yang perlu dilakukan pengawalan
adalah menjaga keamanan terhadap bangsa Palestin dan legalitasinya. Namun yang memalukan adalah
orang-orang yang menyerang pihak berwajib dan bertindak melampaui batas melanggar undang-undang, penjanjian-perjanjian dan persidangan antarabangsa seperti “Genewa II dan IV” dan yang lainnya.

Arabia: Bagaimana mereka boleh mengizinkan anda membuat panggilan dan melakukan wawancara dengan kami?

Duweik: Isunya bukan masalah izin dari mereka. Namun para pemuda kami dalam tahanan yang
mengaturnya. Agar mereka (Israel) tidak mengetahui perhubungan kami dengan dunia dan menyampaikan suara ke luar.

Arabia: Adakah anda mendapat maklumat mengenai hubungan yang dilakukan Presiden Palestin Mahmud
Abbas berkisar proses penculikan anda?

Duweik: Saya sentiasa mengikuti apa yang terjadi di luar melalui saluran televisyen al arabia dan
al jazeera, dan semua media massa kami yang kami banggakan, telah menyiapkan dan menunaikan
peranan informasi yang sangat penting ketika ini dan ia disaksikan Barat serta mendapat penghargaan dari
sanak-saudara yang ditahan pihak Israel.

***

Dr. Aziz Duwek kini terlantar di katil pesakit di hospital Israel “Shaari Tzedek” di al Quds
(Jerusalem). Duweik dimasukkan ke hospital, Isnin (07/08) setelah dipukul dan mendapat seksaan teruk
daripada para polis penyiasat Zionis Israel ketika disoal-siasat dalam penjara Israel Ofer, di
Ramallah.

Harian al Quds al Arabi, Rabu (09/08) menyiarkan laporan bahawa Ketua Dewan Legislatif Palestin
terkulai di katil hospital “Shaari Tzedek” dalam keadaan kedua tangan dan kakinya terikat, dan
dikawal rapi tentera Zionis Israel.