Categories
Berita Semasa

Jordan bimbang terhadap rundingan Israel dengan Vatican

Isnin, 02-07-2012 – Kementerian Luar Jordan menyatakan rasa bimbang tentang laporan terdapatnya rundingan di antara Vatican dan Israel berhubung kawasan suci di jajahan Baitulmuqaddis.

Jurucakap kementerian, Sabah Al-Rafee berkata dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada Rabu bahawa Menteri Luar Nasser Joude telah memanggil duta Vatican ke Amman beberapa hari lepas dan menyuarakan kerisauan Jordan tentang khabar rundingan itu.

Beliau berkata, Joude memberitahu duta itu bahawa perjanjian yang dimeterai antara kedua pihak tersebut tentang cukai gereja dan isu kewangan boleh dianggap sebagai pengiktirafan secara tidak langsung oleh Vatican ke atas penjajahan Israel di kawasan timur Baitulmuqaddis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati