
Isnin, 02-07-2012 – Pegawai Perhubungan Antarabangsa pergerakan Hamas, Osama Hamdan mendedahkan bahawa hari yang akan datang akan menyaksikan pertemuan antara deligasi Fatah dan Hamas meneruskan usaha perdamaian di Palestin.
Hamdan menambah dalam kenyataannya yang disiarkan di dalam akhbar pergerakan Palestin yang berpengkalan di Gaza pada hari Rabu, dipetik sebagai berkata; perbincangan diteruskan sehingga ke saat-saat akhir, dan pertemuan di antara President PA Mahmoud Abbas dan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal akan diadakan di Kaherah.
Hamdan menegaskan bahawa perdamaian Palestin telah dicabul disebabkan tekanan Amerika Syarikat dan pihak lain terhadap pihak berkuasa Palestin semasa musim yang lepas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda