
Selasa , 10-07-2012 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya berkata bahawa persediaan sedang dijalankan lawatannya ke Kaherah bagi membincangkan perkara-perkara penting.
Haneyya menjawab soalan oleh wartawan pada Ahad, bahawa perbincangan tersebut akan bertumpu kepada perkara-perkara membabitkan rakyat Palestin. Sumber-sumber yang hampir dengan Hamas memberitahu PIC di Kaherah bahawa tidak lama lagi Haneyya akan tiba di Mesir untuk urusan lawatan rasmi. Mereka memaklumkan yang Haneyya akan bertemu Presiden Mesir Mohammed Morsi untuk mengucapkan tahniah kepadanya di atas kemenangan dalam pilihanraya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati