
Selasa , 10-07-2012 – Sejumlah penduduk Zionis Israel bersama anggota perisik Zionis, Ahad (8/7) pagi, menyerbu kawasan masjid al Aqsa di al Quds.
Yayasan Kemakmuran al Aqsa dalam pernyataan hari Ahad (8/7), menyebutkan bahawa masjid al Aqsa bersiap untuk menyambut ratusan kanak-kanak dari kawasan perkhemahan Islam dari dalam wilayah Palestin terjajah 1948, di mana pada hari Ahad ini dikhususkan untuk kunjungan ke masjid al Aqsa yang bersamaan dengan penyerbuan tersebut.
Yayasan Kemakmuran al Aqsa menyelenggarakan perjalanan 45 bas yang membawa anak-anak perlarian Islam dari berbagai wilayah di utara Palestin terjajah 1948.
sumber : COMES
penterjemah : Osman