Categories
Berita Semasa

Rejim Israel (IOA) mempercepatkan pembinaan penempatan di selatan Baitulmuqaddis

Isnin , 16-07-2012 – Rejim Zionis mempercepatkan pembinaan unit-unit penempatan di HarHoma dan Gilo, demikian menurut seorang pakar, Jamal Omer pada Isnin.

Beliau memberitahu PIC bahawa IOA merancang untuk menghubungkan dua penempatan itu, pertama di selatan Baitulmuqaddis, kedua ke utara Bethlehem. Omer berkata, ribuan unit penempatan akan dibina di antara dua penempatan dalam rangka menyerapkan penempatan ketiga di kawasan itu serta menghalang sebarang usaha Palestin untuk berkembang ke arah selatan Baitulmuqaddis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati