Categories
Berita Semasa

Organisasi Hak Asasi Manusia : Peneroka Israel Lepaskan Babi Hutan Untuk Serang Penduduk Palestin

Isnin , 16-07-2012 – Organisasi Hak Asasi Manusia Arab di Britain menyatakan, babi hutan telah dilepaskan oleh peneroka Israel ke dalam perkampungan rakyat Palestin dalam usaha untuk memaksa penduduk Palestin meninggalkan tanah mereka.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Organisasi tersebut pada Isnin, 9 Julai, peneroka Israel telah menternak babi hutan dalam jumlah yang besar dalam perkampunagn tersebut, supaya mereka dapat melepaskan babi tersebut pada petang hari ke dalam kawasan penduduk Palestin untuk memusnahkan tanaman, menyerang penduduk dan juga mencederakan kanak-kanak.

” Senjata ini (babi hutan) telah digunakan oleh peneroka lebih daripada lapan tahun,” laporan tersebut menambah, tentera Israel menolak untuk menempatkan pihak berkuasa tempatan untuk menentang kejadian tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda