
Isnin , 16-07-2012 – Menteri Perang Israel, Ehud Barak mengakui adanya persefahaman bersama antara entiti Israel dan gerakan Fatah, beliau menegaskan bahawa Fatah adalah penting dalam sistem keamanan Israel.
Dalam wawancara dengan majalah Time Amerika, Barak menyatakan bahawa beliau mengutamakan komunikasi dengan pihak Ramallah, “saya tegaskan kepada rakyat Israel dan para pemimpin dunia bahawa Fatah menginginkan perdamaian, sebab mereka adalah bahagian penting dalam sistem keamanan kami dan militan Israel”.
Barak menambah, saling menghormati dan hidup berdampingan adalah yang diinginkan gerakan Fatah, namun jika inginkan kekerasan dan tindakan senjata, maka Hamas lebih unggul.
sumber : COMES
penterjemah : Osman