Categories
Berita Semasa

Bahar: PA tidak mahu perdamaian dan terus melakukan tangkapan politik

Jumaat , 20-07-2012 – Dr Ahmed Bahar, timbalan speaker pertama Majlis Perundangan Palestin, mengecam penerusan tangkapan politik dan mengejar pejuang yang dilakukan oleh PA di Tebing Barat, menyeru Mesir untuk memantau pelaksanaan perjanjian perdamaian.

Bahar berkata, semasa ucapan beliau yang disampaikan di ibu pejabat Majlis Undangan Gaza semasa melakukan protes terhadap tangkapan politik pada hari Ahad: “Penangkapan politik yang telah menjadi dasar yang diterima pakai oleh pegawai keselamatan di Tebing Barat adalah tidak wajar walaupun terdapat keputusan melindungi keselamatan entiti Israel, ada orang lain yang mengenakan sekatan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat “.

Pihak berkuasa Ramallah tidak mahu perdamaian, kerana masih mencari rundingan dengan musuh, walaupun semua pembunuhan, projek penyelesaian, rampasan tanah dan pengyahudian masih dijalankan, tambah Dr. Bahar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada