
Jumaat , 20-07-2012 – PM Palestin, Ismail Haniyah menegaskan bahawa bangsa Arab dan umat Islam sedang bangkit dan penjajah Israel sedang turun, strateginya di Gaza telah gagal sementara perjuangan semakin kuat dibandingkan sebelum pencerobohan Israel ke Gaza 3 tahun lalu.
Hal tersebut disampaikan Haniyah ketika menyambut kedatangan delegasi perpaduan dari Yaman yang tiba di Semenanjung Gaza, Ahad (15/7). Beliau mengatakan, “Blokade dan perang terus berlalu dan pemerintah belum jatuh, perjuangan tidak akan berhenti dan Shalit tidak boleh pulang kecuali setelah Israel membebaskan 1047 pejuang yang ditawan.”
Haniyah melanjutkan, “Mereka belum mampu menghancurkan Gaza, namun Gaza menjadi perintis bagi umat dan mendapatkan dokongan mereka. Kerana itu strategi musuh (Israel) telah gagal di Gaza dan perlawanan hari ini lebih kuat dibandigkan sewaktu pencerobohan 3 tahun lalu. Rakyat Palestin bertekad untuk terus melanjutkan jalan ini sehingga pembebasan semua tanah Palestin, al Quds, al Aqsa dan para pelarian Palestin kembali ke tanah asal mereka”.
sumber : COMES
penterjemah : Osman