Categories
Berita Semasa

20,000 Unit Rumah Baru di Sekitar Baitulmaqdis

Jumaat , 20-07-2012 – Kerajaan haram Israel telah meluluskan pembinaan 20,000 unit rumah baru dalam kawasan jajahan Baitulmaqdis, menurut Jad Isaac, pakar perundingan dan pengarah Institusi Areej bagi sains gunaan.

Isaac dalam kenyataannya berkata, kerajaan Israel telah menggabungkan penempatan kecil kepada entiti yang lebih besar dalam skim yang lebih jelas untuk mengawal 70% kawasan C di Tebing Barat, yang merupakan 60% kawasan keseluruhan Tebing Barat.

Beliau menyatakan, Israel telah cuba untuk membeli masa dalam usaha untuk mewujudkan situasi ‘de facto’ atas alasan, ekploitasi ketabsukan Amerika Syarikat menghadapi pilihanraya dan perubahan serantau untuk memulakan pencerobohan sempadan akhir dengan jentolak mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda