Ketua Rabbi mengkaji dakwaan puak dari India yang mengaku Yahudi


Salah seorang dari ketua Rabbi, mendedahkan beliau telah ke India untuk menkaji kemungkinan untuk membenarkan ribuan ahli sebuah puak yang mendakwa mereka adalah bangsa Yahudi untuk berhijrah ke Palestin.

Shlomo Amar, ketua Yahudi Sephardic dan penguasa dalam kemasukan dalam agama yahudi, berkata maklumat yang lebih di perlukan mengenai Puak Bnei Mannase sebelum keputusan di buat samada untuk memberikan mereka ?Aliyah?, hak untuk semua Yahudi untuk berhijrah ke Palestine.

?Bukan sesuatu yang mudah untuk menentukan seseorang itu Yahudi? kata beliau kepada sebuah radio tentera selepas pulang dari Utara India, daerah Manipur dan Mizoram. Beliau telah di temani oleh sebuah delegasi rabi-rabi yang lain.

Tambah beliau ada kemungkinan puak tersebut akan di beri status yahudi. Puak tersebut telah mendakwa sebagai keturunan salah satu dari seouluh puak Yahudi yang hilang.

Rabbi Eliahu Birenbaum yang menemani Amar berkata ? memang tidak dapat di sangkal lagi bahawa mereka adalah Yahudi?

?Tradisi mereka, adat mereka berasa ribuan tahun yang lepas, mereka menyambut Shabbath (hari rehat bagi Yahudi), dan kuil mereka menunjukkan mereka adalah dari keturunan yahudi.