Rafah bergegar lagi


Sejurus selepas 2 roket dilancarkan oleh helikopter rejim haram Israel, kereta kebal pula digunakan utk meranapkan rumah rakyat Palestin di Jalur Gaza.

Tetapi rejim itu menafikan perbuatan tersebut
dgn beralasan mereka hanya ingin menjalankan
operasi mencegah keganasan. Serangan menggila itu menyebabkan terputusnya bekalan elektrik di Rafah.

Satu jam selepas roket dilancarkan, jentolak pula
datang meranapkan rumah2 di Rafah. Saksi berkata, rejim haram itu mengarahkan semua
meninggalkan rumah masing2 sebelum mereka
meranapkan dengan jentolak.

Terdapat satu keluarga yang masih belum sempat menyelamatkan harta benda di dalam rumah namun tanpa belas kasihan, jentolak terus meranapkan rumah mereka. Rafah menjadi sasaran Israel sejak akhir2 ini kerana ingin menangkap pejuang Palestin dan memusnahkan
terowong yang dipercayai digunakan utk mengangkut senjata dari Egypt.

Darah muslim tumpah lagi di Jerusalem

Manakala di Jerusalem, 2 rakyat Palestin mati
dan 18 cedera akibat satu letupan yan kuat di Qalandia melalui satu serangan udara.