Selasa ,15/08/2006 –
Ribuan warga Lubnan yang menjadi pelarian akibat serangan Israel pulang ke kampung halaman mereka di selatan Lubnan. Rentetan daripada keputusan gencatan senjata yang masuk ke tahap pelaksanaan. Terutamanya setelah Olmert memutuskan untuk
menghentikan operasi militan ke selatan Lubnan. Meskipun pejabat perisikan Israel menyatakan perang atas Hizbullah akan dilanjutkan pada waktu yang sesuai.
Walaupun keadaan yang begitu menyayat hati dan berhadapan dengan tragedi kemanusiaan yang begitu pilu, warga Lubnan tampak gembira sambil mengibarkan bendera Lubnan dan Hizbullah sebagai tanda kemenangan mereka atas Israel.
Namun demikian, beberapa badan kerajaan dan swasta meminta kepada pelarian untuk tidak tergesa-gesa pulang ke rumah mereka kerana
banyak bom yang dikhuwatiri akan meletup. Pasukan tentera Lubnan juga mengingatkan penduduk agar tidak menghampiri benda-benda yang dicurigai atau memasuki bangunan yang musnah kerana besar
kemungkinan terdapat bom-bom yang akan meletup.