Bridged Al-Qassam meletupkan peranti bom pada jentera Israel

Selasa ,15/08/2006 –
Bridged Al-Qassam, sayap tentera Hamas, meletupkan peranti bom pada jentera berat milik Israel di Lapangan Terbang Antarabangsa di daerah Rafah, pada Isnin semalam. Lapangan terbang tersebut telah diduduki selama dua bulan oleh tentera pengganas Israel semenjak pencerobohan lalu.


Berita dari sayap tentera menyatakan yang letupan tersebut mengenai tepat kepada jentera berat tersebut dan bersumpah akan meneruskan penentangan sehingga dapat menghentikan pencerobohan tentera rejim Zionis.

Sementara itu di Ramallah, pejuang pembebasan Palestin memulakan serangan terhadap tentera rejim Zionis yang mula memasuki kawasan pendalaman bandar tersebut.

Berita radio Israel mengesahkan serangan tersebut namun menyatakan bahawa tiada kematian di pihak tentera rejim Zionis.