
Rabu , 01-08-2012 – Salah satu petanda yang menyatakan bahawa persekitaran politik Amerika telah suram dan diselubungi rasuah adalah pertandingan berterusan antara penyandang Presiden Barack Obama dan calon Republikan, Mitt Romney bagi memenangi hati negara Zionis Israel.
Kedua-duanya bersikap seperti pelacur yang terdesak untuk memenangi persembahan yang terhebat didunia, tanpa sedikit pun merasakan kekesalan dan kebimbangan terhadap harga moral bagi perlakuan memalukan mereka yang menjadi boneka Israel.
Israel, tanpa keraguan telah melakukan jenayah kemanusiaan, di mana ia telah bermula lama dahulu apabila mereka yang dilaknat ini hadir, 64 tahun lalu dan ia berterusan sehingga kini, entiti yang sangat kejam ini hidup dan bergembira dalam setiap keganasan yang dilakukan, keganasan yang terlampau dan peperangan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda