Rabu , 01-08-2012 – Unit Nahshon, tentera Israel telah menyerang sekumpulan tahanan pentadbiran Palestin kerana enggan meninggalkan penjara untuk ke mahkamah dengan berpakaian seragam penjara.
Peguambela, Jawab Boulos berkata, beliau melihat askar Israel mencederakan dan menyerang beberapa orang anak guamnya apabila mereka enggan keluar ke mahkamah dengan memakai baju seragam penjara, yang merupakan satu keputusan yang diterima pakai oleh pergerakan tawanan di penjara Ofer beberapa hari lalu.
Beliau menegaskan bahawa tahanan tersebut telah bersetuju untuk mula menolak baju seragam tersebut pada 20 Ogos. Walaubagaimanapun, hasil daripada pelanggaran perjanjian berkenaan isu tahanan pentadbiran sebelum ini, mereka telah mula mengguna pakai keputusan tersebut beberapa hari lalu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda