
Isnin , 07-08-2012 – Regim zionis Israel (IOF) menyerbu Khirbet al-Mayta di Wadi al-Maleh di Lembah Utara Jordan, dan menyerahkan pemberitahuan tentera kepada tujuh keluarga untuk merobohkan rumah-rumah mereka dan mengosongkan kawasan itu sebelum September. Mereka turut mendakwa bahawa wilayah itu adalah zon tentera yang tertutup.
Penduduk Khirbet al-Mayta ini sentiasa diancam dengan perobohan rumah-rumah mereka dan dihantar pulang secara paksa. Kawasan itu menyaksikan perobohan besar pada bulan lepas yang mengakibatkan banyak penduduk berhijrah ke arah Hammamet al-Maleh, yang terletak 2 km dari penempatan masyarakat Badwi.
Ghallab Abu Zahou, penduduk tetap Khirbet al-Maleh, memberitahu wartawan PIC bahawa perobohan berterusan sangat menganiaya rakyat Palestine yang telah mengalami kemiskinan dan kebuluran serta dilucutkan hak-hak sivil yang paling asas yang dijamin oleh semua undang-undang dan peraturan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada