
Jumaat , 10/08/2012 – PM Palestin, Ismail Haniyah menyeru pembentukan sebuah jawatankuasa penyelarasan keamanan “tetap” antara pemerintah Palestin dengan Mesir, setelah serangan terhadap pasukan pengawal sempadan Mesir di Sinai. Beliau menyanggah peristiwa serangan tersebut ada kaitan dengan orang Palestin.
“Kami menyeru pembentukan sebuah jawatankuaa keamanan bersama yang bersifat tetap untuk memantau isu-isu bersama yang berkaitan dengan kepentingan besar kedua belah pihak Palestin dan Mesir,” ungkap Haniyah dalam sidang tergempar pemerintah pada hari Isnin (6/8) petang di pejabatnya di Gaza, untuk membahas kesan dari serangan yang terjadi di Sinai.
Beliau menambah, “Pemerintah Palestin menegaskan komitmennya terhadap keamanan Mesir. Keamanan Mesir merupakan keamanan Palestin. Serangan terhadap keamanan Mesir sama juga serangan terhadap keamanan nasional Palestin.”
sumber : COMES
penterjemah : osman