Categories
Berita Semasa

Feiler: Kempen kapal ke Gaza bertujuan untuk menghentikan sekatan haram oleh Israel di Gaza

Isnin , 13-08-2012 – Penyelaras kempen kapal ke Gaza Dror Feiler berkata, kapal bantuan itu yang belayar pada Ahad lepas dari Sweden bertujuan untuk menghentikan sekatan haram oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Feiler memberitahu Akhbar Quds bahawa penganjur kempen ini ingin mencabar sekatan haram Israel ke atas rakyat Gaza, serta memberi tumpuan kepada penderitaan mereka dan menyampaikan mesej kemanusiaan terhadap masyarakat antarabangsa.

“Kami mula membuat persediaan sejak sebulan lalu, dan bertolak dari Sweden dan tiba jauh ke selatan Norway dengan tekad untuk meneruskan perjalanan kami ke Gaza,” penyelaras kempen memberitahu. Beliau turut menyatakan bahawa kapal mereka mampu tiba di Gaza dalam minggu pertama pada Oktober depan jika ia tidak dihalang tentera laut Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati