Categories
Berita Semasa

Pintu Masuk Rafah Dibuka Jumaat dan Sabtu

Isnin , 13-08-2012 – Ketua Umum Laluan dan Sempadan di Semenanjung Gaza, Mahir Abu Shabhah menegaskan, pintu masuk Rafah akan dibuka pada Jumaat dan Sabtu untuk warga yang terkandas di luar Semenanjung Gaza. Pejabat berita Shafa mengambil pernyataan Abu Shabah bahwa perlintasan Rafah akan dibuka sebagai pengecualian kerana ramai warga Palestin yang terkandas di luar Semenanjung Gaza yang ingin masuk setelas selesai menunaikan umrah atau yang datang dari negeri lain.

Abu Shabhah meminta agar pintu masuk darat Rafah dibuka untuk lalu lintas musafir dari dua arah. Pihaknya berharap pintu masuk Rafah ini dibuka secara normal dalam beberapa hari ke depan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman