Rejim Zionis telah meluluskan pempatan baru di Jerusalem

Rabu ,16/08/2006 –
Daripada sumber yg dipercayai semalam telah mendedahkan pihak rejim Zionis yang bertanggungjawab dalam proses penempatan rakyat Israel telah meluluskan 2 projek penempatan baru di Bandar Suci itu iaitu di Silwan dan Al-Sheikh Jarah berdekatan French Hospital.

Sumber itu juga menegaskan kepada wakil PIC tentang penempatan di Jerusalem itu telah di cadangkan oleh Pertubuhan Penempatan Zionis yang aktif di kawasan Silwan. Manakala salah satu projek lagi telah di cadangkan dan di biayai oleh Badan Hartanah Israel dan Pergerakan Gush Emunim.

Sumber itu juga menambah yang projek tersebut telah diluluskan tetapi sedang menunggu beberapa prosedur lagi sebelum projek itu di mulakan. 2 projek itu juga akan dimulakan dalam masa terdekat memandangkan kempem untuk pembiayaan projek tersebut telah dilancarkan di Amerika dan beberapa Negara Eropah . Ia merupakan salah satu kempen untuk menempatkan seberapa ramai Yahudi di Jerusalem.