Laporan Amerika: 343 tentera rejim Zionis terbunuh

Khamis ,17/08/2006 – Sebuah laporan Amerika berkenaan kerugian Israel di Lubnan bocor kepada beberapa diplomat Lubnan dari Tel Aviv, baik sebagian judul dan rinciannya. Dalam laporan tersebut dinyatakan bahawa sejak perang 12 Julai hingga 7 Ogos seramai 343 orang tentera rejim Zionis terbunuh dan 617 orang tercedera.

Kerugian ini disebab oleh roket Hizbullah yang menyerang dan menghujani peralatan tempur Israel. Bahkan laporan tersebut menyebutkan bahawa sebanyak 118 tank Israel musnah dalam keadaan
terbakar, 46 rosak teruk yang sukar dibaiki kembali dan 96 trak pengangkut tentera terbakar, selain sebuah Jeep dan sebuah jentera penolak yang musnah.

Padahal menurut laporan ini pasukan rejim Zionis menggunakan bekalan persenjataannya hingga 90% dari peralatan yang dimiliki militan Israel. Laporan itu juga menyatakan bahawa pasukan rejim Zionis yang
ikutserta dalam perang kali ini mencapai 40 ribu orang, 15 ribu di antaranya adalah pasukan simpanan. Bahkan dalam minggu pertama pasukan Amerika membekali pasukan rejim Zionis dalam operasi penyerangan di Maron Rose dan Bent Jebail
pelbagai jenis bom termasuk bom senyap digunakan. Tentera Amerika juga dilaporkan ikutserta dalam operasi serangan udara dengan F16 di sebelah selatan Lubnan dan sebagian daripada mereka tewas dalam pertempuran namun keluarga mangsa di Amerika diberitahu bahawa mereka terbunuh sewaktu bertugas di Iraq.