Khamis ,17/08/2006 – Kesihatan Dr.Aziz Duwaik, Speaker Dewan PLC bertambah buruk di penjara Kfar Yona selepas doktor Israel memberikan rawatan kepada beliau. Menurut tahanan-tahanan di penjara itu, beliau hilang pertimbangan dan tidak dapat menumpukan perhatian sebelum dirawat. Keadaan bertambah buruk selepas beliau menerima rawatan.Mereka menambah bahawa Dr.Duwaik tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling beliau selama tiga hari.
Seorang ahli parlimen yang ditahan di Penjara Ofer, Ahmed Mubarak berkata bahawa Speaker tersebut telah dibawa ke mahkamah tentera Ofer tetapi tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan. Walau bagaimanapun, Mubarak telah menemui Duwaik di luar mahkamah. Duwaik memberitahu bahawa doktor di Hospitak Shaari Tzadek telah memberi ubat yang tidak diketahui kepada beliau dan beliau merasa pitam serta hilang pertimbangan selepas mengambilnya. Duwaik berkata, beliau berhenti mengambil ubat tersebut dan merasa penat namun maklumat perisikan Israel tidak membenarkan beliau dimasukkan ke hospital walaupun kesihatannya semakin membimbangkan.
Dalam pada itu, setiausaha PLC, Dr. Mahmoud Al-Ramahi berkata bahawa keadaan kesihatan Duwaik memerlukan perhatian berterusan dan rawatan yang sewajarnya tidak diperolehi di penjara Israel.Beliau menggesa pertubuhan-pertubuhan yang sah agar bertindak memberikan tekanan agar Speaker itu dibebaskan segera.