Khamis ,17/08/2006 –
Syeikh Yusuf Qardhawi, Pengerusi Persatuan Ulama Islam Antarabangsa menyeru pemimpin-pemimpin Arab untuk memerangi Israel dan menghapuskannya dari kawasan Timur Tengah setelah negara Zionis tersebut menjajah beberapa wilayah Arab. Ulama karismatik ini mengkritik dunia Arab yang tidak memiliki organisasi perang.
Hal ini disampaikan oleh Qardhawi dalam persidangan umum yang diadakan oleh Persatuan Pengajar Universiti Kaherah dengan tajuk “Konflik cita-cita… perang strategi dengan Israel untuk meraih kemenangan”, selama negara kita terjajah maka kita harus berperang dan terus melawan.
Qardhawi mengkritik pemerintah-pemerintah Arab yang mewar-warkan bahawa perang Oktober 1973 adalah perang terakhir yang dilakukan oleh bangsa-bangsa Arab. Padahal harta bangsa Arab dan Islam dibuang percuma untuk membeli senjata dengan harga jutaan dollar tanpa digunakan untuk membela diri dan menghadapi bangsa penjajah dengan penghinaan yang sangat besar.
Qardhawi mengajak agar bangsa Arab dan umat Islam bersiap-siaga untuk berperang dengan Israel kerana hendak atau tidak perang dengan Israel pasti akan berlaku. Bangsa Arab tidak mungkin menerima kewujudan Israel di tanahair mereka. Menurut beliau, negara Arab mengalami kehilangan arah tujuan dan kepentingan serta menuju kemunduran selama berinteraksi dengan Israel. Pada tahun 1948 bangsa Arab menyebut bahawa Israel harus dihapuskan. Kemudian pada tahun 1967 bangsa Arab membincangkan penghapusan Israel namun ianya akan menimbulkan perang dan permusuhan. Seolah-olah perang tahun 1967 telah memberikan legalitasi (mengiakan) perang tahun 1948.
Qardhawi juga mengkritik pemimpin-pemimpin Arab dalam berinteraksi dengan Israel dengan menganggap negara zionis sebagai negara yang tidak boleh dipaksa. Beliau mengatakan bahawa kita (bangsa Arab) menang di tahun 1973 dan berjaya membentuk paradigma baru.
Bahkan baru saja Hizbullah berjaya menafikan paradigma lama walaupun dalam segala macam keterbatasan. Paradigma bangsa Arab yang menyakini bahawa pasti gagal menghadapi Israel telah membuka jalan kepada ketidaksediaan dan ketidaksiapan mereka untuk menghadapi Israel. Beliau menegaskan bahawa masalah bangsa Arab adalah keyakinan mereka bahawa perdamaian adalah satu-satunya pilihan dan tiada pilihan kedua. Dalam hal ini Israel berjaya mempromosikan perdamaian dan menyimpangkan negara Arab terbesar iaitu Mesir.