Jumaat ,18/08/2006 – Perdana menteri Palestin, Ismail Haneyyah menyatakan bahawa pihaknya telah menyampaikan persetujuan kepada Mahmud Abbas berkaitan pembentukan kerajaan campuran. Namun begitu, beliau menyatakan masih terdapat beberapa isu berkait yang memerlukan
perbahasan lanjut.
Presiden Palestin, Mahmud Abbas dan perdana menteri Palestin Ismail Haneyyah kelmarin (15/8) bertemu di Gaza. Mereka membincangkan
perkembangan terakhir situasi, terutama berkenaan pembentukan kerajaan campuran dan pelbagai jalan keluar daripada krisis ketika ini.
Dalam wawancara eksklusif dengan harian Roomtan, selepas pertemuanya dengan Abbas, Haneyyah mengatakan bahawa mereka sebagai pemerintah, tidak ada apa-apa keberataan. Namun ada beberapa
masalah yang masih perlu dibahaskan antara pihak presiden dan pihak fraksi-fraksi Palestin berkait bentuk kerajaan campuran tersebut. Haneyyah optimis mengenai kesepakatan nasional dalam masalah ini. Beliau menegaskan bahawa pihaknya akan memberikan sepenuh komitmen
dalam melaksanakan kesepakatan nasional ini, sebagai sebahagian daripada piagam kesefahaman nasional Palestin yang mengandungi perkara pembentukan kerajaan campuran.
Piagam itu juga memuatkan isu pengembalian peranan PLO (Organisasi Pembebasan Palestin).
Pada kesempatan lain, Haneyyah mengecam keras penahanan dua wartawan Fox News Amerika yang dilakukan kumpulan bersenjata Palestin di Gaza. Beliau menyebutkan, tindakan tersebut tidak boleh
diterima. Mereka perlu segera melepaskan dua wartawan tersebut.
Haneyyah menyebutkan, semua orang yang datang ke Palestin adalah
tetamu yang perlu dihormati, selama mereka tidak menyakiti rakyat
Palestin. Pihaknya telah memberikan arahan kepada Kementerian Dalam
negeri untuk mencari kedua-dua tahanan tersebut.