Jumaat ,18/08/2006 –
Selepas dianugerahkan kekalahan perit oleh pejuang Hizbullah di selatan Lubnan, pemikir-pemikir Israel mula menuding jari ke arah pemimpin-pemimpin politik mereka di atas krisis terbaru tersebut.
“Masalah Israel bukanlah disebabkan oleh missile Katyusha milik Hizbullah tapi ia sebenarnya disebabkan oleh kegagalan pemimpin politik dalam negeri ini dan impaknya pasti akan dapat dilihat beberapa hari lagi,” kata penulis Israel, Itan Haper, bekas pengarah kepada mantan Perdana Menteri, Yitzhak Rabin. “Kepimpinan di Israel telah berakhir, tiada lagi seorang pemimpin politik atau ketenteraan yang benar-benar mampu memenuhi kehendak penduduk-penduduk Israel. Suatu masa dahulu, kita ada ramai pemimpin yang tidak dinafikan lagi kemampuan mereka tapi hari ini kita kurang pemimpin yang begitu. Yang tinggal hanyalah sumber kepada kelemahan kita,” tambah Haper.